Terap pendekatan akademik bersepadu dalam tradisi Madrasah

20 Nov Terap pendekatan akademik bersepadu dalam tradisi Madrasah

SITI NASUHA AZMI

PENERIMA Anugerah Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) untuk Pencapaian Biasiswa Akademik Cemerlang untuk PSLE 2014, Ahnaf Fuad Alias dan Anisa Nisreen, menganggap MAI telah mendewasakan mereka.

Bagi Ahnaf Fuad, 13 tahun, pelajar didedahkan dengan aktiviti yang istimewa.

“Contohnya, saya diberi peluang menjadi seorang qari dan ia adalah satu pengalaman baru untuk saya.

“Para senior sangat baik dan bersikap terbuka. Mereka sanggup menolong dan sekiranya saya mempunyai masalah. Saya boleh mendatangi mereka untuk meminta nasihat.

“Apabila saya bertemu dengan kawan saya yang bukan Muslim, yang bertanyakan bagaimanakah sekolah di sebuah Madrasah?

“Saya hanya boleh katakan: Saya dididik dalam kedua-dua akademik dan Islamik. Itu adalah perkara seimbang yang terbaik seseorang boleh perolehi,” ujar Ahnaf.

Anisa Nisreen, 13 tahun, pula berpendapat MAI mempunyai bidang yang terbaik dalam kedua- dua aspek.

Dia sendiri sangat meminati bidang program penyelidikan kemahiran (RSP) yang unik di dalam MAI.

“Untuk projek RSP saya, kami memperolehi air yang boleh diminum daripada air payau. Ia merupakan pengalaman yang sangat berharga kerana saya didedahkan kepada penyelidikkan saintifik.

“Matlamat saya adalah menjadi seorang pakar bedah pediatrik pada masa hadapan.

“Saya amat menyukai kanak-kanak dan saya ingin membantu mereka mendapatkan rawatan yang paling berkesan agar mereka boleh sembuh dengan cepat daripada penyakit mereka.

“Saya juga ingin melakukan penyelidikan dalam bidang ini untuk menemui jalan yang baru dan cepat untuk kanak-kanak sembuh,” ujar Anisa dalam mengejar cita-citanya.

MAI, ditubuhkan pada 1930-an menumpukan bukan sahaja kepada pelajaran akademik malah Islamik.

Pengetua MAI, Encik Herman Cher Ma’in, berkata pihaknya menggunakan pendekatan akademik yang bersepadu dalam tradisi Islamik yang kian mengembang.

“Tujuannya adalah membekalkan setiap murid dengan ilmu dan tingkah laku selari dengan abad yang ke-21, justeru menjadikan MAI sekolah Islam peringkat antarabangsa yang gemilang.

Misi MAI adalah menjadi sebuah institusi ternama dalam melatih pelajar menjadi seorang Muslim dan Muslimah yang kaya dengan ilmu, komited dan bermotivasi menjadi seorang ummah dan bersifat perikemanusiaan,” ujar Encik Herman.

Satu keistimewaan pelajaran Islamik yang terdapat di MAI adalah dengan menggunakan pendekatan yang bertema.

Pendekatan bertema yang digunakan adalah “Dirasat Deeniyyah” – yang bertujuan memupuk kecintaan pelajar terhadap Allah swt dan Nabi Muhammad saw. Teknik ini juga bertujuan agar pelajar lebih menghargai ilmu agama Islam.

Pelajaran di dalam kelas menitik beratkan bagaimana seorang Muslim boleh mempratikkan ajaran yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis di setiap sudut kehidupan mereka dengan yakin.

Untuk melengkapkan pelajar dengan pengalaman yang sahih, kelas juga diadakan di luar sekolah. Malah, dengan menggunakan teknik sedemikian, MAI memastikan bahawa ia sesuatu yang bermanfaat dan relevan untuk pelajar mereka.

“Program yang kami anjurkan ini adalah bersesuian dengan umur dan konteks kandungan yakni, “Dirasat Deeniyyah” untuk membolehkan pelajar menggunakan pengalaman tersebut ketika menghadapi cabaran dan isu yang berkait rapat dengan cara yang rasional dan berilmu.”

Satu lagi keistimewaan MAI adalah Program Kempimpinan Islamik.

Matlamat MAI adalah membangunkan pelajar dan menyediakan mereka dengan latihan dan alat yang terbaik bagi mengasah sifat kempimpinan mereka berdasarkan nilai dan prinsip Islamik.

Program tersebut mencabar minda dan imaginasi pelajar untuk mencapai kefahaman yang lebih baik.

Menurut Encik Herman, kekuatan MAI adalah mata pelajaran sains.

MAI berkerjasama dengan Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Muslim (MHPA) serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk memberi peluang kepada pelajar menjalankan kajian saintifik dan ikut serta dalam latihan.

Menurut Encik Herman, pendekatan MAI turut membuahkan hasil.

Selama dua tahun berturut-turut, pelajar MAI merupakan pelajar yang cemerlang di antara pelajar madrasah da,lam peperiksaan GCE peringkat ‘O’ dengan lapan kepujian seperti yang diraih oleh Nurul Iffah Baharudin tahun lalu dan Syeda Adibah Husain pada 2013.

Tahun ini, melalui Peraduan dan Penilaian Peringkat Antarabangsa (ICAS) yang dianjurkan oleh Universiti New South Wales (UNSW), Australia, MAI menghasilkan seorang pelajar dengan markah yang tertinggi dalam mata pelajaran Teknologi Digital.

Dia adalah Muhammad Izz Ryanshah, 13 tahun, daripada tingkatan 1 Ihsan, yang dianugerahkan pingat emas pada 6 November lalu dan merupakan satu-satunya pelajar madrasah di antara 84 penerima anugerah.

Izz Ryanshah berkata:

“Saya mula bermain permainan komputer sejak kecil lagi dan mulai detik itulah, ia memupuk minat saya mendalami bidang teknologi.

“Namun, cita-cita sebenar saya adalah menjadi seorang ahli biologi (biologist) kerana saya meminati bidang ini semenjak menonton dokumentasi alam semula jadi.

“Salah satu sebab saya memilih MAI adalah kerana sekolah ini memberi saya peluang mendalami pelajaran sains.”

No Comments

Post A Comment